Krpada Siapa Aku Berharap

Kepada Siapa Aku Berharap?

Firman Allah maksudnya :
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakal,” (QS At-Taubah: 129)

Hati Mukmin akan tenang dan bahagia apabila hati dan jiwanya bergantung kepada Allah setiap masa. Tidak ada pengharapan yang lain melainkan mengharap dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah.

Hati yang tenang dan bahagia adalah satu kurniaan Allah kepada hamba-hamba-Nya yang dikasihi-Nya. Hati yang sejahtera ini tidak akan putus asa dan rasa kecewa walaupun dia dikecewakan oleh insan lain kerana pertalian yang kukuh di antara hatinya dengan kecintaan kepada Allah.

Hati Mukmin akan sentiasa berbaik sangka terhadap takdir Allah kerana sesungguhnya setiap kejadian ciptaan Allah mengandungi hikmah dan kebaikan yang tidak dapat difikirkan oleh akal manusia.

Itulah kemukjizatan Al-Qur’an yang mampu membuat pembacanya luluh hatinya, sehingga dengan kita dekat dengan Al-Qur’an, insyaAllah hati akan tenang dan pikiran pun akan selalu berada dalam kesucian.

Komunitas Rezeki Berlimpah (Rezeki Healing)
Telegram Chanel
t.me/SeminarRezekiHealing
@SeminarRezekiHealing

Anaz Almansour
Founder Rezeki Healing

#rezekihealing 

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Umur Atau Uang

Pola Menjemput Rezeki Berkah

Benahi Sholatmu Maka Allah Memperbaiki Hidupmu