TTingkatan Ilmu

Pencerahan Jiwa  #49

Tingkatan Belajar Ilmu 

Abdullah bin al-Mubarak, pernah mengatakan bahawa:

“Belajar ilmu itu mempunyai 3 tingkatan:

❗) Barangsiapa yang sampai ke tingkatan pertama, dia akan menjadi seorang yang sombong. 

❗❗) Barangsiapa yang sampai ke tingkatan kedua, dia akan menjadi seorang yang tawadhu`.

❗❗❗) Barangsiapa yang sampai ke tingkatan ketiga, dia akan merasakan bahawa dia tidak tahu apa-apa.”

(Tadzkirotus Sami’ Wal Mutakalim:65)

Mengetahui bahawa kita masih di peringkat pertama, justeru bersabarlah.  Jangan terlalu lekas melabel.  Teruskan belajar dan belajar supaya hikmah semakin menebal di dalam diri.

Golongan yang lebih tinggi dari golongan pertama ialah segolongan yang tawadhu` dengan apa yang ada pada mereka.  Mereka merendah diri dengan ilmu mereka walaupun di dalam dada mereka sudah banyak ilmu dan pengalaman.  Sebenarnya ilmu dan pengalaman yang banyak itulah yang menyebabkan mereka faham tentang hakikat ilmu.  Lalu mereka berasa tawadhu`.

Dan yang paling tinggi dan hebat akan tingkatan ilmu mereka ialah apabila mereka merasakan mereka tidak tahu apa-apa.  Ini kerana hakikat ilmu semakin jelas dan nyata di hadapan mata dan hati mereka.  

Semakin banyak pintu dan jendela ilmu yang dibuka, semakin banyak didapati pintu dan jendela ilmu yang belum dibuka.  Justeru, mereka bukan saja tawadhu`, bahkan lebih mulia dari itu, mereka lalu berasakan mereka tidak tahu apa-apa lantaran terlalu luasnya ilmu sehingga mereka bisa lemas di dalamnya.

Fikirkanlah dan renungkan maksud kata-kata Ibnu al-Mubarak di atas.  Moga kita dapat bermuhasabah.

Anaz Almansour 
Motivator Kepribadian

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Matematika Rokok Dan Matematika Sedekah

Langkah Menyelesaikan Riba

Doa Yg Bermakna